Speech by Minister for the Environment and Water Resources and Minister-In-Charge of Muslim Affairs, Mr Masagos Zulkifli at the closing event of #InspirasiSG on 21 July 2019
SPEECH BY MINISTER FOR THE ENVIRONMENT AND WATER RESOURCES AND MINISTER- IN-CHARGE OF MUSLIM AFFAIRS, MASAGOS ZULKIFLI AT THE CLOSING EVENT OF #INSPIRASISG, SUNDAY, 21 JULY 2019
Assalamualaikum wr wb.
Menteri Negara (Tenaga Kerja dan Pembangunan Negara), Zaqy Mohamad
Rakan-rakan M3
Para tetamu yang saya hormati,
Dan para hadirin yang saya muliakan
1 Saya teruja melihat ramai yang sudi menghadiri majlis hari ini untuk meraikan individu-individu yang tauladan sempena kempen #InspirasiSG.
2 Gagasan bagi kempen #InspirasiSG ini berputik daripada visi Masyarakat Gemilang yang saya lahirkan di Majlis Perjumpaan Hari Raya bulan lepas. Masyarakat kita memainkan peranan aktif dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara walaupun kita berpegang teguh pada budaya dan agama kita. Ini yang membezakan masyarakat kita daripada masyarakat yang lain kerana tradisi dan budaya kita tetap dikekal dan dilestarikan dalam kita mengejar kemajuan. Kita juga tidak hanya mengukur kejayaan daripada segi pelajaran, harta atau kedudukan tetapi betapa kukuhnya nilai-nilai moral, budaya dan agama kita, termasuk juga semangat gotong-royong dan ikhlas memberi yang juga menjadi landasan bagi kemajuan masyarakat kita. Kini, satu daripada tiga orang Melayu melakukan kerja sukarela. Ini kadar tertinggi dalam kalangan warga Singapura, dan sesuatu yang harus kita banggakan.
Kempen #InspirasiSG
3 Namun, bukan menjadi lumrah kita untuk mendabik dada dan menunjuk-nunjukkan kejayaan kita kerana nilai-nilai murni seperti merendah diri sudah sebati dalam diri masyarakat kita. Masih terdapat begitu ramai individu yang menjadi sumber inspirasi di kalangan kita yang tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan. Mereka ini berjasa secara senyap dan mereka mencerminkan cogan kata kempen #InspirasiSG - Hidup berbakti, ikhlas berbudi – iaitu berbuat baik tanpa mengharapkan sebarang balasan.
4 Kisah-kisah beginilah yang dicungkil oleh kempen #InspirasiSG – agar kita dapat merangsang kisah-kisah inspirasi yang luar biasa dari anggota masyarakat yang mungkin kelihatan “biasa-biasa” sahaja di kalangan kita. Dengan usaha ini, kami harap ramai lagi yang akan lebih terdorong untuk mengikuti jejak contoh teladan mereka dan turut juga menyumbang kepada Singapura.
5 Sempena kempen #InspirasiSG, kami melancarkan sebuah filem pendek bertajuk “Inspirasiku” arahan pereka filem tempatan, Rifyal Giffari. Filem ini memaparkan dilema yang diharungi oleh seorang budak bernama Afiq apabila dia diberi tugasan sekolah untuk membawa seorang individu tercontoh ke kelas bagi sesi tunjuk-dan-ujar atau “show-and-tell”. Setelah berfikir panjang, Afiq menyedari bahawa erti kejayaan tidak terhad kepada perkara yang lazim dianggap ukur tara kejayaan iaitu kekayaan, pangkat dan sebagainya. Afiq sedari bahawa semua anggota keluarganya, Ibu, Ayah dan Kakak memberinya inspirasi kerana masing-masing mempunyai sikap tercontoh seperti tidak mudah menyerah kalah, dedikasi untuk mempertingkatkan diri sepanjang hayat dan ikhlas membantu jiran tetangga tanpa mengira bangsa atau agama.
6 #InspirasiSG juga telah menyeru kepada anda semua untuk mencalonkan individu- individu yang telah memberikan inspirasi kepada diri anda. Dalam masa singkat selama sebulan sahaja, jumlah kisah inspirasi yang diterima amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu/Islam kita sebenarnya mempunyai banyak kisah kejayaan yang seharusnya dipaparkan dan dibanggakan!
3“K” – Keperibadian, Kemahiran, Kewarganegaraan
7 Oleh itu, hari ini, saya amat berbesar hati kerana dapat memberi penghargaan kepada 10 individu yang dicalonkan sebagai peran contoh dan memberi inspirasi pada masyarakat kita. Individu-individu ini mungkin kelihatan seperti orang biasa sahaja, tetapi ternyata setiap seorang memiliki kisah kejayaan yang unik – tabah dan bersemangat waja dalam menempuh pelbagai liku, berkorban dan berjasa kepada orang lain. Kisah-kisah mereka mencerminkan kejayaan masyarakat kita yang berlandaskan tiga “K” - Keperibadian yang murni, Kemahiran untuk memperbaiki diri dan sikap Kewarganegaraan yang kukuh.
8 Syabas kepada kesemua 10 pemenang! Memang sukar hendak memilih pemenang, kerana mereka yang dicalonkan memiliki keunikan tersendiri. Tetapi secara kolektif, kisah- kisah ini membuat saya bangga menjadi anggota masyarakat Melayu/Islam Singapura. Kejayaan-kejayaan ini memperkukuhkan lagi kedudukan kita sebagai sebuah Masyarakat Gemilang, aset penting kepada negara Singapura yang berbilang kaum dan agama.
Sumbangan Masyarakat Melayu/Islam di Peringkat Nasional
Tuan-tuan dan Puan-puan,
9 Baru-baru ini juga, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat membentangkan wawasan dan matlamatnya bagi kemajuan negara kita bagi tahap selanjutnya. Beliau berkata bahawa Singapura di masa depan haruslah berlandaskan “democracy of deeds”, di mana rakyat bertindak untuk menggerakkan perubahan. Dengan kerjasama erat antara pemimpin dengan masyarakat demi mencari huraian bagi cabaran bersama, negara kita akan lebih utuh, ibarat kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh.
10 Sepanjang tahun lalu, pasukan pemimpin Melayu/Islam 4G telah mengorak langkah melalui gandingan M3, serta menggembleng tenaga agensi pemerintah dan badan-badan M3, dalam tiga bidang tumpuan. Melalui M3, kita mengukuhkan Masyarakat Gemilang kita. Namun, kami tidak mampu melakukannya tanpa kerjasama masyarakat. Berbekalkan idea, tenaga dan semangat masyarakat, kita akan mampu melangkah lebih jauh, dengan lebih pantas.
11 Untuk meramaikan lagi anggota masyarakat yang melibatkan diri dalam M3, terutama sekali para belia, kami akan memulakan siri perbincangan CiptaSama@M3. Melalui usaha ini kami ingin mendengar pandangan anda, tentang isu-isu masa depan masyarakat kita dan Singapura. Dengan memanfaatkan tenaga dan pandangan belia kita, kita dapat mencipta bersama huraian yang boleh diterajui masyarakat, dan dilaksanakan di kejiranan kita. Rakan saya Zaqy Mohamad akan memimpin usaha ini. Sokong beliau! Saya meminta sokongan anda dalam usaha mencipta bersama masa depan kita dengan penglibatan masyarakat secara aktif ini akan berjaya.
12 Sebagai Masyarakat Gemilang, kita harus terus menyokong satu sama lain dan meraikan setiap kejayaan, yang besar mahupun kecil. Kita tidak usah memandang jauh. Individu-individu biasa yang memberi inspirasi wujud di sekeliling kita – setiap daripada mereka mempunyai kisah kejayaan tersendiri – kita hanya perlu meluangkan masa untuk melihat dan mendengar kisah mereka. Apa yang dilakukan oleh peran contoh inspirasi ini juga sebenarnya mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja di kalangan masyarakat kita, tidak kira latar belakang atau tahap pendidikan kita.
13 Akhir kata, saya harap kempen #InspirasiSG ini telah menyuntik semangat baru dalam diri kita supaya saling bantu membantu antara satu sama lain. Ayuh, kita mencerminkan ketiga-tiga “K” dalam kehidupan harian kita. Kita adalah Masyarakat Gemilang dan bersama- sama, kita boleh mencipta lebih banyak kejayaan untuk kita dan Singapura.
14 Terima kasih. Assalamualaikum wr wb.
English Translation
Assalamualaikum wr wb. Minister of State (Manpower & National Development), Zaqy Mohamad,
M3 partners,
Distinguished guests, Ladies and gentlemen,
1 I am pleased to see many people joining us today as we celebrate inspirational individuals from the Malay community as part of our #InspirasiSG campaign.
2 The #InspirasiSG campaign began with a vision of building a Community of Success, a vision I put forth during my speech at last month’s Hari Raya Get-Together event. Our community plays an active role in contributing to the nation’s economic progress, yet we are still deeply rooted in our culture and religion. This is what sets our community apart from others, because despite the wave of modernity threatening to erode the core and tradition of communities, we remain resolute in ensuring our traditional and cultural values are preserved and celebrated as we progress. One of our distinguishing characteristics as a community is that we do not merely measure success by one’s education, wealth or status. Instead we emphasise strong moral, cultural and religious values, including the spirit of gotong-royong and giving back to our community, which has become the foundation of our success. Today, one in three of Malays volunteer, the highest rate among all communities1. This is something we can be proud of.
The #InspirasiSG Campaign
3 However, it is not in our nature to shout about the achievements we have attained, as values such as humility have long been inculcated in our identity. There are those amongst us who do not hope for recognition. These heroes have silently contributed to society, and they truly embody the campaign slogan – Hidup berbakti, Ikhlas berbudi – which translates to mean doing good sincerely without expecting anything in return.
4 #InspirasiSG was aimed to uncover such inspiring and extraordinary stories from “ordinary” members of the community. In celebrating their contributions, we hope that more people will step forward to follow in their footsteps and join in contributing towards the progress of society.
5 As part of #InspirasiSG, we launched a short film entitled “Inspirasiku” directed by local filmmaker, Rifyal Giffari. This film depicts the dilemma faced by a young boy named Afiq, who must find a suitable role model to bring to class for a show-and-tell. As he observes his family members, he realises that success is not limited to the usual measures, such as wealth and status. Afiq realises that all of his family members, Mum, Dad and Sister displayed exemplary qualities in their daily lives, such as showing resilience, dedication to improving oneself through lifelong learning, and helping neighbours with sincerity regardless of race or religion.
6 #InspirasiSG also urged all of you to nominate individuals who have inspired you and left a significant impact on you. In the short span of only one month, we received an overwhelming number of inspirational stories. This proves that in actuality the Malay/Muslim community has many successful stories that we ought to be proud of!
3“C”s – Character, Competence, Citizenry
7 Today, I am honoured to recognise the top 10 nominated individuals for being exceptional role models for the community. These individuals may look ordinary but have shown strength in the face of adversity, in service to others. Their stories reflect the successes of our community based on the three “C”s – portraying good Character, having the Competence to contribute back to society and displaying a strong sense of Citizenry.
8 Congratulations to the 10 winners! It was not an easy decision, as each of the nominees had their unique strengths. But collectively, these stories made me proud to be a member of the Singapore Malay/Muslim community. These successes further strengthen our position as a community of success - an important asset to multiracial and multi-religious Singapore.
The Malay/Muslim Community’s Contribution at the National Level
9 Recently, DPM Heng Swee Keat put forth his vision and aspirations for the nation. DPM Heng said that “our future Singapore must be an expanded democracy of deeds, with citizens taking action to make a difference”. Building our future Singapore together involves partnering Singaporeans in new ways to deliver solutions, drawing on the diversity of passions and expertise among Singaporeans to strengthen our community and nation. With national leaders working closely with our community to resolve common challenges, our country will remain strong as aptly described by the Malay saying, united we stand, divided we fall.
10 Over the past year, my team of 4G Malay/Muslim leaders have been charting the way forward through our M3 approach, bringing together government agencies and our M3 organisations, focusing on three key areas. Through M3, we strengthen our fundamentals as a community of success. But we cannot achieve this alone. We need to work in partnership with the community. With the ideas, energy and passion of our community, our community will soar further, faster and always.
11 To bring our wider community on board the M3 effort, especially the youth, we will be embarking on the CiptaSama@M3 (Partnerships@M3) series of engagements, to hear your views on issues that will affect our community and Singapore of the future. We will work with you, harnessing the energies and ideas of our youth for their future, and work with you to co- create community-led solutions that can be implemented in our neighbourhoods. MOS Zaqy will lead this effort. Give him your support! I ask for your support in this endeavour of co- creating our future in partnership with the community.
12 As a Community of Success, we must continue to support one another and celebrate every achievement, whether big or small. We need not look far. Ordinary, inspiring individuals exist amongst us – each with their story of success – we only need to spend time to look out for them and listen. Whatever these inspirational individuals have achieved is not impossible, and anyone in our community can do the same, no matter your background or educational level.
13 I hope this #InspirasiSG campaign has given us a renewed sense of motivation to help one another. Let us continue to incorporate the 3 “C”s in our daily lives. We are a Community of Success, with many more achievements yet to be celebrated.
14 Thank you. Assalamualaikum wr wb