Committee Of Supply Debates 2022 Speech By Minister-In-Charge Of Muslim Affairs, Minister For Social And Family Development, Second Minister For Health Masagos Zulkifli On 10 March 2022
Propelling Our Community Towards Success
Chairman, in Malay, please.
Apabila Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965, ramai yang mempertikaikan sama ada kita boleh bertahan. Tetapi kita tidak goyah. Untuk menjamin penakatan kita, Pemerintah memberi keutamaan kepada pendidikan, perumahan dan penjagaan kesihatan yang dimampui. Ini kemudian menjadi asas bagi kita untuk membentuk keluarga yang kukuh dan masyarakat yang penyayang.
Walaupun lebih lima dekad telah berlalu, kisah Singapura terus berpaksikan sebuah wawasan di mana setiap rakyat diberikan peluang untuk berjaya, tidak kira bangsa, bahasa mahupun agama. Kita bersatu-padu dan berusaha untuk sama-sama mempertingkatkan kehidupan rakyat Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam.
Banci Penduduk 2020 telah menunjukkan kemajuan yang sangat ketara dalam tahap pendidikan dan pendapatan keluarga Melayu berbanding dengan sepuluh tahun lalu. Lebih ramai orang Melayu bekerja dalam sektor-sektor yang sedang berkembang pesat, seperti Perhubungan dan Penerangan, serta Perkhidmatan Kewangan dan Insurans. Saya teruja dengan kemajuan ini kerana ia cerminan terhadap kemajuan masyarakat kita dalam pendidikan dan pekerjaan, dekad demi dekad.
Pada tahun-tahun yang lalu, saya teleh membentangkan tiga ciri yang membentuk jati diri sebuah Masyarakat Gemilang, iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan. Tahun ini, saya akan menekankan pula langkah-langkah untuk mempertingkatkan kemahiran masyarakat kita, sambil melayari arus kemajuan yang telah diraih, untuk terus berjaya. Ini akan dilakukan melalui tiga strategi:
a. Pertama, mengukuhkan rangkaian sokongan untuk mendampingi masyarakat melalui M³;
b. Kedua, membangunkan sebuah tenaga kerja yang berkemahiran menerusi kerjasama dengan masyarakat dan industri; dan
c. Ketiga, membentuk sektor keagamaan yang berwibawa.
Mengukuhkan Rangkaian Sokongan untuk Mendampingi Masyarakat melalui M³
Kemajuan ekonomi sememangnya telah memberi manfaat kepada ramai rakyat Singapura, tetapi ia juga menimbulkan cabaran-cabaran baru, khususnya terhadap golongan yang memerlukan. Isu jurang sosial kini menjadi kebimbangan banyak negara maju. Ianya mencetuskan masalah baru yang boleh memecahbelahkan masyarakat, dan mengancam perpaduan kita. Di Singapura, kita dapat menghindarinya jika kita pastikan mobiliti sosial terus mekar.
Oleh itu, bagi golongan yang memerlukan, Pemerintah dan masyarakat mesti terus berganding bahu untuk memastikan mereka terus diberi sokongan yang baik dalam meniti detik-detik penting dalam kehidupan mereka. Contohnya, Pemerintah telah melancarkan pelbagai usaha, seperti langkah-langkah sokongan bagi pendidikan awal kanak-kanak, untuk mempersiapkan golongan muda kita untuk masa hadapan – ini cara terbaik memastikan mobiliti sosial. Untuk masyarakat kita, langkah-langkah ini telah dikuatkan lagi dengan usaha-usaha yang dipelopori badan-badan M³ - iaitu Muis, MENDAKI dan Mesra – serta usaha bersama badan-badan Melayu/Islam yang lain, untuk memperluaskan lagi sokongan bagi mereka yang memerlukan. Menteri Maliki akan menjelaskan usaha M³ bagi mengukuhrangkaian sokongan untuk memperkasa dan mendampingi golongan ini dalam mengejar impian mereka.
Membangunkan Sebuah Tenaga Kerja yang Berkemahiran
Tahun ini, Yayasan MENDAKI menyambut ulang tahun ke-40. Mungkin ada di antara kita yang masih ingat ucapan mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew semasa perasmian Kongres Mendaki di Dewan Persidangan Singapura pada 1982. Beliau menyeru agar MENDAKI berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat kita, yang sekali gus memberi kesan terhadap taraf kehidupan kita.
Saya gembira kerana MENDAKI telah menerapkan pesanan beliau sepanjang 40 tahun yang lalu. Dengan kerjasama kerabatnya, MENDAKI telah menyumbang kepada kemajuan masyarakat Melayu/Islam yang begitu memberangsangkan.
a. Dalam tempoh 4 dekad sahaja, kadar siswazah Melayu berlipat ganda – daripada hanya 4 siswazah pada 1980 kepada hampir 110 siswazah pada 2020, bagi setiap 1,000 orang Melayu.
b. Kemajuan dalam pendidikan pula telah membuka peluang-peluang kerjaya yang lebih baik. Peratusan pekerja PMET Melayu bertambah, daripada 7.2% pada 1980 kepada 39% pada 2020. Ini lebih 5 kali ganda! Syabas!
Namun, kita tidak boleh berpuas hati dan berhenti setakat ini, lagi-lagi dalam menghadapi persaingan global yang lebih sengit dan perubahan teknologi yang lebih pesat. SMS Zaqy akan menjelaskan usaha-usaha MENDAKI dalam memberikan sokongan yang menjangkaui bilik darjah, untuk menyediakan pelbagai program yang lebih strategik, demi memenuhi keperluan masyarakat kita sesuai dengan peredaran masa. Usaha-usaha ini akan menitikberatkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam jiwa masyarakat kita, terutama sekali dengan mempertingkat kemahiran, agar masyarakat kita terus relevan dalam ekonomi baru.
Shaping a Credible and Resilient Religious Sector
Tuan Pengerusi, dalam Bahasa Inggeris.
Chairman, as we speak of building relevant competencies for the new economy, we will also nurture future-ready asatizah or religious leaders who are capable and confident in providing sound religious guidance in an ever-changing global landscape, contextualised to Singapore’s multireligious and multiracial society. I will elaborate on Muis’ plans to shape a credible and resilient religious sector in the final speech for this segment.
Thank you.
English Translation
When we became independent in 1965, many had thought that we would not survive. But we were not deterred. To ensure our survival, the Government’s priority was to make sure our people had access to affordable education, housing and healthcare. This became the bedrock for us to build strong families and caring communities.
Even after more than five decades, our Singapore story continues to centre around a shared vision of a society that provides opportunities for all, regardless of race, language or religion. We were united and worked as one to uplift the lives of Singaporeans, including our Malay/Muslim community.
Census of Population 2020 has shown significant progress in education and household income for the Malay community when compared with ten years ago. More Malay workers were also employed in fast-growing sectors such as Information and Communications, as well as Financial and Insurance Services. I am heartened by the progress made by the community as these trends reflect the good progress on our education and employment outcomes over the years.
In the past few years, we talked about the three ‘C’s that make us a Community of Success – character, competence, and citizenry. This year, we will focus on the development of our competencies, even as we build on our achievements to propel the community towards success. This will be done through three key strategies:
a. Reinforcing the Network of Care through M³;
b. Partnering the community and industry in building a competent workforce; and
c. Shaping a competent Religious Sector.
Reinforcing the Network of Care through M³
While our economic progress has benefited many Singaporeans, it has also given rise to new challenges, particularly towards the vulnerable. Rising social inequality has become a common concern for many advanced economies. Such situations make it easy for new fault-lines to emerge between different segments of society, and threaten our social cohesion. In Singapore, we can avoid such situation if we continue to ensure that social mobility remains alive.
Therefore, for the vulnerable segments of our community, the Government and the community must continue to work hand-in-hand to ensure that they are well-supported through the different life milestones. For example, the Government has rolled out several initiatives, such as support measures for early childhood education to better prepare our young for the future – this is the best way to ensure social mobility. For our community, these have been further amplified with community initiatives by the M³ agencies – namely Muis, MENDAKI and MESRA – as well as those undertaken by other Malay/Muslim organisations, to further amplify support those in need. Minister Maliki will share our plans on how M³ reinforces our network of care for our community and families, as we empower this segment of our community to achieve their aspirations.
Strengthening our Workforce Competencies
This year, MENDAKI is celebrating its 40th anniversary. Some of us would have remembered then-PM Lee Kuan Yew’s speech at the opening of the Mendaki Congress at the Singapore Conference Hall in 1982, where he called for MENDAKI to raise the educational levels and thus the living standards of the community.
I am pleased that MENDAKI had applied his advice over the past 40 years. In working closely with its partners, MENDAKI had contributed to the very encouraging progress shown by our community.
a. Over the past 4 decades, the proportion of university graduates within the Malay community increased multiple times – from only 4 graduates in 1980 to almost 110 graduates in 2020, for every 1,000 Malays.
b. Better education outcomes had also led to better career opportunies. The proportion of Malay PMETs has increased, from 7.2% in 1980 to 39% in 2020. This is more than 5 times! Congratulations!
But we cannot be satisfied now and end our journey here, especially when we are faced with stiffer global competition and deep technological changes. SMS Zaqy will elaborate on MENDAKI’s efforts to expand support beyond the classroom to offer more strategic programmes, in fulfilling the evolving needs of our community. These efforts stress the need to imbue a culture of lifelong learning in our community, especially through upskilling, so that we remain relevant in the new economy.
Chairman, in English, please.